Sunday, 11 September 2011

DEWAN KESENIAN RAKYAT MENJADI ISTANA BUDAYA


HASIL Kongres Dasar Kebudayaan Kebangsaaan  (DKK)1972, antaranya ialah menyatukan persembahan kegiatan Kesenian Kebangsaan. Tiga dasar utama yang menjadi patokan  : 1) Unsur-unsur tempatan 2) Unsur luar (dari pendatang) diselaraskan dengan unsur termpatan 3) Nilai Islam bagi mengharmonikan aspek persembahan.

Sekretariat DKK terdiri daripada institusi  sastera (DBP),  IPT, tokoh-tokoh yang terlibat dalam bidang  kepakaran masing-masing dan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sebagai sekretariat. DKK dinaungi oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Pesan beliau Kesenian dan Kebudayaan : MENJALIN  HATI RAKYAT  . Maka dirancanglah reka bentuk bangunan komplek Kesenian Kebangsaan dengan  mengambil kira peranan  Taman Ismail Marzuki, Jakarta sebagai rujukan fungsi. Pengisian haruslah bernadikan semangat rakyat. Maka impian Usman Awang  (Sasterawan) di sokong oleh Prof Ungku Aziz, Prof M Taib Osman (Ilmuan) , Krishen Jit ( Teater) , Ismail Zain, Syed Jamal   (Pelukis),   Khoo Kay Kim (Sejarawan ) , Azah Aziz (Busana)  , P.Ramli  ( Film-Muzik) dll, bersetuju kegiataan menjurus kepada bentuk Kesenian Rakyat. Maka reka bentuk bangunan (buat sementara disebut komplek)  pun mengambil tema Gasing, bulat padu, dan lincah ligat berpusing, berhenti tepat seimbang, bermain bersama dalam pertandingan..   


Carta Pembahagian bidang kesenian rakyat

TETAPI
TIBA-TIBA
YANG MENJADI
ISTANA BUDAYA

Untuk renungan
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN TERABAI
PUNCA DKK IALAH OLEH PERISTIWA  13 MEI 1969

SASANA  BNM
11 September 2011

2 comments:

  1. CDan cita paling mulia "MENYATUKAN HATI HATI RAKYAT" itu akhirnya bagaimana kini ?? Siapakah pemikir dan tenaga bakal meneruskan ia. Atau lebih ramai yang lebih suka ia hanyut melintasi muara menuju gelora buas laut biru ??? Mashaallah.

    ReplyDelete
  2. Kongress Kemudayaan Kebangsaan 1971.

    ReplyDelete