Monday, 20 June 2011

Dahlia Kebun Ampek Angkek


1.
Bersungguh Yenny mengajakku ke rumah gadangnya. " Ada sesuatu ingin kutunjukkan kepadamu sahabat, sudi datang berkunjung ke Ampek Angkek? " Kudengar bisiknya ketika ruang di Rumah Budaya Fadli Zon masih berisik oleh omongan para tamu. Di luar kaca, gerimis masih berderaian. Pemandangn segar di Air Angek, Padangpanjang.

2.


Hampir tidak percaya sekitar rumah gadang Si Ceramin nya disemai dengan bunga dahia ini. Yenny bersuara burung kedidi, berdecip macam burung murai, tapi basah berderai macam terkukur..haahhh . Suara dahlia lebih banyak terbit dari bibirnya.." Inilah benih asal dari Mexico didi bawa ke Sepanyol. Di heret Belanda tiba ke Bukit Tinggi ".



Bunga inilah penuh di halaman istana Hatta. Sekarang dengan semangat bergelora, Yenny dengan gigihnya mengganggu Gavenor BT dengan telatahnya menanam benih dahlia. Benih sudah disemai di sekitar halam...Bulan Oktober akan genap 4 bulan, kelopak dahlia akan semarak di kota gerimis Bukit Tinggi. Inilah kota separa dingin dengan slogan baru Bukit Tinggi City of Dahlia.. Tahniah kawan. Aku tiba dengan membawa Cinta Dahlia 2...InsyaAllah.




*****


(NRM 6)

Thursday, 16 June 2011

Alam Nan Mengimbau 2

Sketsa suasana kampung menjelang hari raya tahun 1950an
Keluarga Haji Husin Majolela, dengan isteri nenek Habibah Abdul Rahman.
Kiri, Aminah (si sulung), kanan Yusuf (meningggalk muda), Idris


2.

HANYA sekeping gambar keluarga yang ditinggal datukku Haji Husin Majolelo. Gambar bersama isteri datuk, nenekku Habibah binti Abdul Rahman. Melihat dari gambar ini kukenali maktua Aminah, Mamak Yusuf (meninggal dunia) dan mamak Idris. Difahami maklang Sharifah (l 1927), masih kecil sedang ibuku Bainah (1929) dan busu kembar kami Mohd Din, dan Mohd Zain belum lahir lagi.


1987
Gambar inilah menjadi titik tanda pertemuan waris keluarga di Ranah Minang. Setelah kerja penelitaan di Muzium Adityawarna (MA) 1987, munda mandir di pusat kerajinan songket, sulaman Pandai Sikek, Payukumbuh, Sunggayang, yang dibantu oleh Pak Bustami kepala MA, selesai saya mulakan penjejakan keluarga. Pesan Paklung Haji Rauf (anak lelaki suluh datuk dengan isteri pertama) , seperti yang diceritakan oleh Mak , " carilah kampung  Turawan tidak jauh dari istaa Pagarruyung, di situ asal , datukmu Haji Hussin. Ada pesan dan petunjuk lain, carilah kampung, yang perempuannya menguli tanah lliat dan membuat  periuk belanga, di situ juga keluarga utama moyang, tempat asal ayah nenekku, Abdul Rahman.

Tradisi Melayu yang tidak mencatat secara rasmi, hanya ingatan dan tuturan disampaikan dari mulut ke mulut. Teknik ini juga kulakukan ketika berbual dengan pemilik Hotel Pagarruyung. Seorang anak muda, mengenalkan dirinya sebagai Indera sudi menemani pelacakan pertamaku dengan honda kecilnya. Kami menyusur, ke arah Padangmagek sehingga berhenti di sebuah rumah untuk bertanya. Tradisi masyarakat Minang juga yang ramah dan menerima singgahan hingga pemilik rumah mencadangkan agar, mencari orang tertua di Turawan, untuk bertanya tentang anak negeri yang merantau ke Semenanjung pada zaman Belanda. Tanpa kuketahui  tarikh sebenarnya kedatangan datuk.Hanya instinkku cepat merasakan datuk pasti sudah tiba pada tahun 1860an. Ini berdasarkan tarikh meninggal dunia datuk di batu nisan tercatat 1933. Manakala di catatan batu nisan Paklong Rauf, tertulis tarikh meninggal 1976 berusia 90 tahun. Sekurannya, tarikh kelahiran Paklong Rauf dapat menjawab tentang tarikh keberadaan datuk di Tanah Melayu iaitu sudah berada sekitar paling lewat datuk sudah tiba pada 1860an. Bererti Indonesia berada dalam kancah perperangan dan perjuangan melawan Belanda

Kenapa Merantau. Ya merantaulah bujang dahulu, di rumah berguna belum .Tetapi sebelum merantau sudahkan hati dan jiwa dibekali ilmu. Di manakah datuk berguru, berguru dunia dan akhirat. Tidak ada siapa dapat menjawab. Maka muncullah seoerang lelaki tua, kupanggil beliau Pak Datuk. Dialogpun bermula. Drama tanpa skrip tapi mengalir lancar dan mesra:

Datuk - " dari dima tu.."

SZI - " dari Malaysia tuk "

Datuk - " ambo panah datang ke Kolang, tingga di Gombak, paman ambo Haji Husin, anaknyo Aminah, Dirih (Deris) dan Sharifah..."


***

MasyaAllah, inilah orangnya...inilah dia Datuk Muhammad Rashad yang pernah di sebut Mak, anak saudara datuk yang pernah datang dan tinggal bersama keluarga di Gombak. Ku keluarkan sekeping gambar keluarga, menghulur kepadanya. Beliau menyambut, memerhati kemudian kulihat jemarinya tergetar, matanya menyala tapi kenapa kesannya bersedih. Dia berbisik kepada seorang anak kecil. Si Kecil itu keluar dan beberapa minit kemudian tiba dengan bungkusan di tangan. Bungkusan itu dibuka perlahan, dan munculah sekeping gambar yang sama, kertasnya sudah kuning berdebu...Ya Allah, Maha Besar KuasaMu...mempertemukan aku dengan mamak Muhammad Rashad Datuk Sulaiman yang menerima gelar setelah datukku menolakkannya kerana harus pulang ke pangkuan keluarganya di Gombak...

***

(Nota Ranah Minang),
..bersambung ke ANM 3)..

Wednesday, 15 June 2011

Alam Nan Mengimbau 1

Asap jerami senja di sawah Galogandang
Gambar lama di kitab tua Minang

1.


Sejak kecil, terasa keanehan di suasana rumah dan kampung kelahiran ku , Gombak. Soal suara dan bualan yang kudengar. Aneh, ungkapannya tidak sama dengan bahasa pelajaran di sekolah. Kutanya Nenek, " Kenapa suara percakapan nenek tidak sama dengan bualan chekgu di sekolah". Jelas nenek, " Oh kita ni keturunan Minang - Negeri Sembilan, kita orang 'Golo deeh' . Jawaban itu masih kurang jelas. Menjelang dewasa pertanyaan itu tidak berjawab dan aku tidak bertanya lagi. Tetapi perlahan kukumpul cerita dengan mengutip suara yang kerap muncul dan kudengar. Suara Tuan Haji Sutan Pakeh, guru mengaji di surau tinggi yang amat pekat suaranya - kata nenek lagi.." Tuan Sutan Pakeh, isterinya nenek Sayang dan adiknya nenek Si'a , orang Minang Batang Kapeh, tapi datukmu dari Batu Sangkar dari tanah darek." Tambah Mak, pula..." Paklong Rauf bercerita, datukmu datang sekapal dengan ayah Haji Abdullah, ayahnya Firdaus juga orang Batu Sangkar tapi dari Rao-Rao. " Di hari makin dewasa, muncul pula Datuk Nordin bin Nonggok dari Kajang, " Eh, Izan bila nak ke Galogandang ! " . " Hah? "...Satu suara lain sudah kedengaran, " Paklong Rauf pesan, jalur nenekmu, ayahnya tidak jauh dari kampung Datuk Husin,carilah kampung yang masih ada perempuan menguli tanah liat dan membentuk periuk belanga".


Wah saya sudah mengumpul data etnologi yang menarik. Inilah yang terlintas, bila saya memilih kerja sarjana budaya, bidang kajian etnotgrafi...ayuh melangkahkah ke tanah leluhur ...


(Nota Ranah Minang)
.../bersambung




Wednesday, 1 June 2011

Dari Stesen ke Stesen (4)

Kepala kereta api dari St Petesburg ke Moskoba

Jarak Waktu : 27 April 2003

23.12. Catatan dalam Gerabak IX . 32 -35

1.

Selesai seminar di kampus St Petesburg, kami tinggalkan cuaca kelabu, suhu - 6 darjah selsius jam 9 pagi (di Malaysia sudah jam 1 tenghari), matahari bersinar cantik, awanpun bersih - ya sabtu sunyi tanpa orang lalu lalang. Semalam dilaporkan salju terapung di Sungai Niva . Angin memukul keras, suhu di bawah paras kosong. " Aneh", kataku. " Biasa saja" , jawab Julia. Biar sudah musim bunga, tapi negara kami makin lucu, salji masih berderaian".

" Nah ", sambut Prof Sikozskeij, " Anda, hidup lagi. Bagi kepercayaan kami, seseorang yang disangka telah meninggal dunia, tapi tidak jadi, aduh, anda panjang umur, panjang usia, selamat datang ke bumi pekat salji ini " .

Pohon-pohon ber'oza meranting, sisa musim dingin terasa perit, antara celah mahligai masa lalu, bayang riak emas masih bersisa, cinta Peter Agung, Kristina yang mabuk berahi cinta, kau datang menatap keangkuhan kalangan Borjuis, semua yang datang, merunduk, tengadah . Tidak ada rungutan tak perlu kesal olah sistem nilai, kau naiki tangga ke tingkat tiga, sisa-sisa ilmu bertapak mengikuti jejak sarjana, seniman, penyair, pelukis. Kaupun duduk di kerusi silam di situ Pushkin muda mencatat, melakar idea puisi yang tidak pernah selesai, di situ bilik kuliah yang masih diduduki, kerusi silam itu. Kau tamu, datang tersedak, mengaduh. Melihat bayangan Puskhin dan Ivan, mabuk dan golongan marhen marah sehingga akhirnya Sang Agung tersungkur.

Kemana haluan tuju? Bisik puisi Puskhin mengetuk dari jendela malam wahai manusia kembara, tidak, aku sudah berumah di sini, membetulkan langsir tipis berbunga, menyusun vas dan zenias kecil, jemari itu memotong kentang, nipis, dan melapis roti hitam dengan keju, sepotong kulic , kuih Easter menunggu wangi di piring, siapakah yang mengetuk pintu?

Peluit kereta api malam menukik. Desah makin berat di rel berkarat. Tapi aneh, yang didengar tiupan suling dari bibir Lomonsov, pemuda Siberia yang berhasil mengkamui Chaterina 11, di awal musim bunga abad ke 19. Si saintis ahli kimia , fizik juga menulis puisi yang digila Maharani...dan kau di situ di depan kampus St Petersburg sudah menangkap mata jeli seorang seniman Siberia...lagu itulah yang mengetuk cuping telingamu setiap derak roda kereta api berdesah berat hingga jauh malam...


***


11.