Terbitan teks sastera Melayu masih terabai terutama teks sastera Melayu Tradisional. Bagaimanapun masih ada penerbit yang setia menerbit dan mecetak walau pulangan perniagaan tidak menjamin berbanding dengan teks popular. Bahan ini hanya dipakai untuk kajian Sastera Tradisidi - kita masih kekurangan pembaca yang sanggup menyelongkar rahsia dan makna sejarah adat, budaya dengan langgam bahasa yang kononya sukar difahami oleh lidah Melayu masa kini .
Barangkali kesedaran ini perlu diangkat oleh penulis kreatif dengan menyentuh isu sejarah, bahasa dan budaya lama ke dalam olahan yang segar. Kalau SN Usman Awang meneruskan ritme pantun ke dalam sajak modennya...kita juga telah menemuikan sikap kreatif penyair yang mengolah kembali citra tradisi ke dalam sajak mereka. Antaranya SN Muhamad Haji Salleh dalam kumpulan Sajak-sajak Sejarah Melayu, Zaihasra dengan Tun Fatimah...
Perkataan Melayu klasik juga diterap oleh Zaen Kasturi, Nisah Haron, Mawar Shafei (sebagai contoh) sehingga citra dan keindahan sastera moden makin terserlah. Begitu juga dengan watak Melayu Klasik kerap dijalin indah oleh SN A.Samad Said seperti Cinta Fansuri , dan Muhamad Haji Salleh menamakan putera tunggalnya , Kasturi !
Anak siapa yang bertama Tun Teja , Tun Seri Lanang?.....kalau Tuah sudah ramai haaahaaa..nama Jebat masih jarang, jarang (pinjam dialog Pak Belalang)
Usaha yang sudah dilakukan oleh pelukis pula ialah memindahkan fahaman teks Melayu Klasik ke unsur garis dan warna. Seniman Negara Syed Ahmad Jamal mengambil citra Gunung Lendang, Anuar Rashid mengambil cerita Hikayat Merong Mahawangsa. Malah teks moden melalui sajak Pak Utih juga diangkat oleh Ibrahim Husin (Allahayarham) dan Latif Mohidin mengambil tokoh idolanya Chairil Anwar?
Pertanyaan dan saranan saya> bagaimana sikap penulis dan pelukis muda? Sudi-sudilah mengelongkar kembali khazanah ilmu (buku) warisan kita bagi menggali sejarah seni budaya yang semakin kehilangan jati diri oleh kesibukan aksi globalisasi - semoga parodi filem Puteri Gunung Ledang tidak berulang sehingga dapat mengangkat mengikut jalur tidak jauh menyimpang daripada teks warisan !
*****
data awal untuk esei Naratif - naratif Seni Rupa ...(tunggu ya Nim)
Gombak
13 Julai 2010
bonda,
ReplyDeletetiada yang berminat nak mencetak semula buku2 lama kerana untungnya tak seberapa; ada yang tak terjual langsung. samalah dengan hasil penyelidikan sahabat anakanda bersama pembikinan buku sejarahnya
kita perlu sekretariat khusus untuk menentukan judul yang berkaitan...dulu ada sekarang makin kabur....penerbitan wilayah penting berfikir ke arah itu. jangan harap yang di pusat, bertali-tali jadinya....Bagaimana dengan penerbit UITM Sabah? yang di Segamat aktif sekali penerbitannya...malah sudi menerbit cerpen, dan puisi juga.
ReplyDeleteBonda
ReplyDeletedi UKM masih ada yang kaji. saya juga senang membaca teks lama kita untuk tujuan menulis kreatif atau kritikan. itulah khazanah yang tak ternilai yang masih kita punya, bondaku. salam rindu.
Thanks for writing thhis
ReplyDelete