Friday, 12 March 2010

Penghulu Bendahari

INI bukan pelakon bangsawan atau teater klasik Melayu. Tetapi inilah tokoh yang membuktikan betapa kayanya khazanah budaya Melayu. Penghulu Bendahari Perbendaharaan Khazanah Warisan Melayu, Negeri Sembilan.....di mana saja beliau pergi, ke mesyuarat ke acara adat Negeri, malah jangan terkejut kalau anda bertemunya di Oxford Bookcafe. Apalagi kalau berjalan di mall, santai minum di kedai kopi, busananya tetap bergaya warisan silam.


Berbaju sikap pahlawan Melayu, kepala berdestar, dada baju disemat rantai dan leher bulan bunga berkelopak lapan. Berhias bukan berlagak, tetapi tampil buat mengingatkan, kita pernah dilingkungi budaya tinggi yang kini hanya ditayang menjadi filem jenaka....
Kaki pula bergelang keroncong. Diajak bersilat pantang dicabar. Keris di tangan selalu di genggam tatang (petang ini beliau tertinggal keris). Terima kasih Penghulu Bendahari Zain Al JOhan yang menyokong menyusun gerak silat pahlawan untuk acara perasmian PAMWNS.
Insyaallah!
******

Rumah kasih Bonda
bandar baru bangi
12032010

5 comments:

  1. Bonda
    ya, ada membaca tentang pendekar ini dalam Dewan Budaya beberapa bulan lalu...

    ReplyDelete
  2. Salam Bonda,

    Maksud bonda, tuan penghulu ini keluar rumah untuk urusan hariannya dengan berpakaian sebegini? WOW !

    ReplyDelete
  3. Ya sungguh begitulah. Ada yang terpukau, tertanya merasa aneh. Ya Mawar ada tulisan beliau di DB.

    Selakrang kita boleh bayangkan Cik Rosita, Mawar dan dara yang lain, memakai kebaya lengkap kain sarung berkelubung di kepala...cantikkan

    ReplyDelete