Sewangi bunga rampai, kutitip salam buat
sahabat yang telah memberiku semangat
hanya Dia yang membuat kita saling berjabat
Setelah 10 Maharam, tiba hujung Masihi
izinkan daku pergi sebelum tiba lagi (atas izinMu Ya Ilahi).
Maafkan segala tutur terlanjur
gelak ketawa mengusik
simpan laramu sendiri di malam sunyi
sudah kutitir langit
hingga ke hujung pelangi
sudah Kau tebarkan sayapku
meniti benua MilikMu
kami tidak ada apa-apa
kecuali Mendekap Erat CintaMu
biar iri dan benci masih di hati mereka
biar cinta dan kasih kuterima
tiada pesan
tiada pintaan
kuundur membawa hala
menjenguk kembali
rawa-rawa yang kutinggal lama
percik air di parit sepat
menjejaki sarang ketitir di celah tiang
rumah lama yang pengap
insyaAllah menjelang fajar
10 Muharam
sambutlah kami yang pulang
jalan lempang
kuisi kembali
benih rindu
kupaut ke kalbu.
(menjelang berangkat ke Tanjung)
24 Disember 2009 / 7 Muharam 1431
Harum rampaimu membawa aku menuruti
ReplyDeletedenai haluan susulan jejari menjejak
mencari rupa seni dunia Melayu ku
sekian lama sepi menyepi membawa diri
mencari sudut tempat bersila simpuh
Tiada ajang tempat meletak tapak
tiada tepak buat menumpang piak
tiada baki paha buat kususunkan bunga
tiada key untuk menenun pecah periok
kembara tanpa tuju tak mungkin tiba
sidai mendarat dipasir tanjung
Namun kelibat kelihatan seuntai
nama pernah terpampang depan mata
detak dihati seperti ku kenal ia
maka disini ketemu jua kita
tak kira tempat kita dimana mana
kerena pertemuan antara kita
adalah sebenarnya kagum seni
kita fahami bersama
Salam ini ku kirimkan jua.
Dari:
Wan Musa Jusoh.
Bertempat tak kira di mana mana.
salam puan. boleh saya tau apa cara untuk saya mendaftar menjadi ahli PPS? terima kasih... :)
ReplyDeleteC L J > Amin, amin , aduh Wan , kerap kubawa namamu, persahabatan sejak di KKBS, mana boleh kulupa. Alhamdulillah kita berjejak juga walau di maya. Di mana sekarang? Kalau masih di KL, bolehlah sesekali bersua walau hanya dengan secawan kopi...
ReplyDeleteCrix...bolehlah hubungi lansung dengan Dato' Dr Anwar Redhwan beliau pengerusianya (boleh bukua blognya atas namanya)