Friday, 4 September 2009

Yang lama segar di jiwa

Mangkok, teko, piring asal China, masuk ke kawasan bagan melewati
kuala Sungai Selangor, perdangan bebas terutamanya sejak ketadangan
buruh-buruh China di bawa masuk oleh British awal abad ke 18.

TAHU keistimewaaan kampung kami di Tanjung Karang? Kebun waris dari titih Abah . Hampir 40 tahun membiarkan tanah dan laman Nyang Galoh merimbun dengan sisa kebun kelapa tak terurus....kini aku datang menyelongkar , mengupah orang memotong jejeran pohon kelapa lama, menggali parit menggantinya dengan benih kelapa sawit....semua ingatan melantun, ingatkan almarhumah nenek nyang Galoh Sundari binti Muhammad bersuamikan datuk Talib bin Ahmad Batubaru ...bagai terbau harum bedak sejuk nenek hinggalah ke tubuhnya yang sudah bongkok masih tersenyum manis...dan syair nazam gaya Banjar.... apa yang ketemui lagi, tentang keistimewaan pekannya?

Ini dia setiap hari Isnin pagi ada pasar lambak, menjual barang-barang lama. Segala piring, pinggan mangkok, alat jahit, baju lama, alat mesen purba bertaburan di depan pasar....Seperti anak kecil Siti mula mengutip pinggan mangkok lama ini...wah-wah, orang dah buang, aku kutip simpan dalam gobok lama yang kuheret dari kedai barang lama di Sentul, kerusi goyang di jual di Sungai Nibong. Melor pula dapatkan jubah musim dingin buatan Hongkong, merah delima masih utuh dengan harga RM 5.oo di stor bundle Sungai Nibong. Hahaha gembira hati macam kerja mengutip barang lama di kedai antik di Jalan Surabaya Jakarta..

4 comments:

  1. hehe..seronok kan shopping bundle. bila lagi nak ke pasar karat ipoh cari antik dan buku bekas :)

    selamat beroleh barakah ramadhan

    ReplyDelete
  2. kita buat program kat sana....novel Delima ranting Senja nak juga jalan-jalan naik keretapi heee

    ReplyDelete
  3. buat acara baca naskah neem nak dengar suara orang muda...kita tonton aje

    ReplyDelete
  4. Bonda,
    wah mahu cari cawan dan ceper lama juga! masih ingat kita bertukar teko bunga kangkung, bonda? teko tu cantik terletak di rak dapur :-)

    ReplyDelete