Tuesday, 1 September 2009

Jingga Mencari Ubat Herba sendiri

Jingga mula mengintai untuk turun ke halaman.
Bahagian kepala-leher warna putih sisa keguguran bulu!
Wah ini mungkin ubat herba yang sesuai untuk
ubat kepalaku - mungkin ini bisik Jingga !

TELAH lebih dua minggu Jingga terkurung dalam rumah sangkarnya. Dr Siva berpesan jangan dekati Jingga dengan Tam-tam dan adik-adiknya yang lain. Kami patuh atas arahan kerana rumah pusaka Uwan di Gombak memang sesak dengan titik-bengek simpanan lama. Bahagian stor dapur sudah ditakluki Tam-tam dengan 5 ekor anaknya ....Memang Jingga tidak boleh masuk ke kawasan larangan itu. Jingga hanya dapat menikmati ruang tengah dan tamu rumah kami. Kadang-kadang masih terus juga diganggu diserang Bucuk dan si Perkasa Belang yang sering meronda dan tahu laluan untuk masuk ke ruang tengah.
Tapi sejak Sabtu hingga Isnin kelmarin Jingga mendapat kebebasan alam di laman Nyang Galuh di Tanjung Karang. Apa lagi dengan kebebasan yang tersisa sempena hari Merdeka 52 tahun, Jingga pun turun melenggang ke halaman. Jingga menghidu semua tumbuhan, meraih tanah sesekali melepaskan nafas ke udara....bahagian bulu kepalanya masih belum menampakkan bulu yang baru, kepalanya rengan dan seakan botak....tapi Jingga bijak dia menemukan pucuk paku rimba, ia memilih pucuk muda...mengunyah-ngunyah nikmat. Apakah ini ubat herba yang akan menyembuhkan sakit kepala Jingga. Esok 3 September Jingga akan kembali ke klinik di Jalan Tun Razak berjumpa lagi dengan Dr Siva akan dimandi, di syampu akan disuntik lagi...semoga bulu kepalamu kembali kembang ya Jingga!

***
Gombak
Ramadhan 14 1430 - 2 Sept 2009

No comments:

Post a Comment