Thursday, 20 August 2009

REZEKI PETANG REMBANG



LANGIT sudah memerah jingga di ufuk barat. Jalan ke arah pelabuhan untuk ke Sabang makin sibuk lalu lalang. Inilah wajah Aceh baru...di zaman DOM dulu , dharurat tentera , waktu rembang begini, sudah mula sunyi. Siapa menduga Ujian kehidupan Allah memberi rezeki untuk mereka yang berusaha. Walau secuil manapun keuntungan, Rizal asal Sigli ini masih terseyum, membakar jagung....pelanggannya orang yang lalu lalang untuk berehat menikmati deruan angin teluk di pantai Cermin...yang sudah ditambak...kehilangan pasir, demi mengelakkan ombak besar lagi...Azan Maghrib bergema...tapi sayang....masih terdengar hilai ketawa anak muda, mengunyah jagung, memesan kopi di warung tepi tambak...atau tertempek kegirangan bila kail disambar ikan...ya begitulah sekali air bah sekali pasir berubah...bagaimana ni wahai Prof Teungku Muslim, Ketua Majlis Ulamak Aceh, ahli jemaah anda begitu senang menikmati cahaya merah jingga di rembang petang. Tambah Rizal, " Saya nanti solat Magrib di meunasah kecil sana bu"... Amin, melimpahlah rezeki untuk Rizal hatiku terliuh...di rembang petang ... mengunyah jagung untuk tiba di meunasah Lingke.
* * * *
20 Ogos 2009

No comments:

Post a Comment