RUMAH KEDAI, yang masih bersisa. Di kirinya sudah diganti dengan Bank BUMIPUTRA (kenapalah menjadi CIMB). Bangunan sisa zaman kolonial dengan gaya ART DECO (1930-1940an), ketara dengah hiasan liuk dekoratif flora di atas tingkap. Sudah ditinggal sepi, hanya menunggu dirobohkan saja. Kenapa DBKL tidak belajar daripada Kerajaan Negeri Melaka, yang terus melestarikan bangunan lama di Jalan Hang Jebat ( Jonkers Street). Dulu di sini dikenali sebagai Batu Road, kerana jalan bermula dari Kampung Batu menunju ke arah jalan Bangsar...dari Medan Tuanku sekarang, menuju ke Masjid India terletak beberapa kampung: Kampung Rawa, Kampung Jawa (di sekitar Jalan Tun Perak sekarang), Kampung Semarang (di Sogo sekarang) . K.Lumpur dulu pada awal awal 1830an adalah kawasan berair, rawa-rawa, berlumpur, peneroka orang Bugis, Minang , Jawa dan Mandeiling, turut bersawah padi, menanam getah atau berlombong. Ketua mereka antara Dato' Abdullah Hukum (Kampung Kerinci) dan Dato' Dagang (Kampung Bharu). Di sekitar Jalan Melayu (dari arah stesen Masjid Jamek) , mereka membuka kedai makan Minang (Pak Mohidin, ayah Latif Mohidin, Pak Abdullah -ayah Dato' Firdaus Abdullah - mantan pengarah DBP) atau membuka kedai jahit (termasuk Pak Agus Salim dan Pak Wahab - ayah Din Wahab ).Jalan Melayu lebih awal popular daripada Mesjid India....tapi sekarang DBKL seakan melupakan Jalan Melayu, Kenapa ?
No comments:
Post a Comment