Muhammad Yusof Shah ibni Almarhum Sultan Alaedin
Sulaiman Shah - Nenda Sultan Selangor sekarang
PENGHULU adat istiadat istana telahpun dikenali sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka. Tokoh utama yang menjaga seluruh adat istiadat, cara santap di raja, cara pertabalan di singgahsana, cara berbusasa telah amat jelas disebut ialah Sultan Muhammad Shah (1414-1424) yang bernuasa Melayu-Islam terutama dengan peranan yang dimainkan oleh Tun Hassan Temenggung. Selangor pula adalah sebahagian wilayah kuasa Melaka. Hingga Raja Lumu dari keterunan Bugis Peranakan ditabal di Perak....lengkap bernobat waris dari Kerajaan Melayu Melaka yang dibawa dari Kampar, setelah Sultan Mahmud mangkat di sana. Hingga kini seluruh adat istiadat diraja, dijaga dengan rapi dan penuturnya ialah YAM Tengku Aris Temenggung (kini berusia 85 tahun). Yang Amat Mulia ialah waris yang masih lancar menuturkan pengalaman warisan istana. Lebih menarik YAM juga sejak kecilnya memang diwarnai dengan nilai budaya daripada Almarhum Sultan Alaedin Sulaiman Shah yang peduli dengan seni budaya Melayu. Malah Almarhum Baginda bersama Permaisuri Tengku Jamaeah turut menyediakan Balai Seni untuk pengukir kayu, turut mengukir menghasilkan sarang bunga telepuk, dan perempuan Selangor diajar menyulam, menganyam. Malah Permaisuri Jamaeah dengan sokongan isteri Residen British telah membuka Galeri Seni Selangor di Robinson House (di Jalan Tun Perak sekarang) dan di Singapura (Raffles Hotel sekarang) pada tahun 1940an.
Gombak
17 Jun 2009
salam bunda
ReplyDeleteada saudara dari KAMPAR,INDONESIA mahu mengetengahkan cerita Sultan Mahmud mangkat di sana.
adakah Sultan Mahmud yang mangkat disana adalah sultan kerajaan melaka yang terakhir??
pernah saudara membawa cetakan cop mohor di atas kain putih ke sini
tapi anakanda belum pernah melihatnya
adakah benar cerita saudara yang menetap disana??
Ya, Sultan Mahmud 1 Melaka memang lari dan diterima menjadi sultan di Kampar. Makamnya masih ada di tepi Sungai Kampar. Tentang cap mohor itu bonda tak jelas. Sebab, setelah putera Raja Ali anakanda bersama Tun Fatimah kembali ke Pahang ditabal menjadi Sultan di Johor Lama....cap mohor itu pasti dibawa sama ke Pahang dan Johor Lama. dd boleh rujuk buku tulisan Buyong Adil (Sejarah Melaka) dan A.Samad Ahmad, Salatus Salatin Sejarah Melayu...
ReplyDeleteterima kasih bunda kerana memberi info mengenai buku2 tersebut.
ReplyDeleteinsyaallah jika diizinkan saya akan pulang ke sana dan ingin singgah dimakam tersebut.
dan kalau diizinkan mahu melihat sendiri cop mohor yang diceritakan kepada saya.
perlu ada kesinambungan tulisan dari suara orang muda...menyingkap sejarah dengan paduan cerita lisan tempatan, merupakan teknik garapan kajian budaya...semak teori ini daripada tulisan prof. Mohd Taib Osman...bukunya diterbitkan ole DBP dan Universiti Malaya...0ooo kedai buku UM memang menarik!
ReplyDelete