Sunday, 21 June 2009

KUCING SAHABAT KITA?

Jingga bergaya dengan baju dijahit kak Bulan,
horeea cantiklah aku
Jingga tunggu bonda yang sibuk di meja

Awas siapa ganggu bonda sedang bekerja kuterkam

SIAPA yang kerap tidak tahu bahasa...manusia atau binatang? Ah si Jingga kami tahu BAHASA MELAYU.


Kalau dia mula hilir mudik, menggesel ke kaki, kita tahu dia mahu dimanja. Kalau dia mengejutkan dan menggigit jemari kakiku, ah, subuh sudah menjelang. Kalau dia merengek ke hulu ke hilir dari bilik tidur ke kamar mandi..ah dia sudah memberi tanda, pasir tinjanya harus diganti...dia tahu dua minggu sekali dia akan merebah diri di pangkuan, eh dia mahu di sampu bulu-bulu halusnya.

Dia tahu bahasa bila aku bersuara...." Jingga duduk, jangan belek-belek buku" . Eh sungguh dia duduk di hujung sofa, sambil menunggu aku meneruskan kerja kajian di meja tulis. Tidak ada sahabat lain di rumah. Anak-anak sudah membesar, Melor keluar pagi, pulang selepas matahari sembunyi, Wira masih sibuk kerja di gunung, si ayah kerap keluar meninjau halaman dan kebun kami....Jingga sahabat lucu inipun menjadi buah hati kami setia dengan aroma cinta.
Gombak
Isnin,22 Jun 2009

6 comments:

  1. saya setuju dengan bonda!! Kucing adalah sahabat? Ya!! rumah saya ada 7 ekor kucing. tp 4 ekor daripadanya kucing liar yang datang makan dan bila dekat dan cuba di ambil dia akan gigit dan cakar-cakar tangan. ehehehhehe...

    tapi yg 3 ekor lg tu si jantung hati!! :D

    ReplyDelete
  2. ooo kirimlah fotonya ke fb bonda ya...nanti kita buat album kucing...meoww sapa namanya

    ReplyDelete
  3. hehehehehehe...

    tiada fb bonda :)

    3 ekor tu
    Kimo umur dalam 2 thn setengah
    Itam dan utih adik beradik umur 1tnn 1/2

    4 ekor tu walaupun kucing liar tetap ada nama. senang nak marah2 nanti. boleh jerit nama.:)

    mak : utih besar
    anak 3 ekor
    oyen -9 bulan
    choki - 5 bulan
    choko- 5 bulan

    semua kucing saya kucing kampung yg datang rumah. Mula-mula suka bagi makan. Lama-lama dah sayang.

    itam dan putih org 'hantar' depan rumah pagi syawal. dia 6 sekeluaga termasuk ibu. 3 adik beradik dah mati. masa tu mereka masih jalan jatuh lg. hari raya kan. ramai org dtg rumah. Ibu mereka mati kena langgar. jadi dari kasihan tukar jd sayang. terus kekal sy jaga.

    maaflah bonda. panjang pula menaip. bila cerita pasal kucing ni jadi mcm budak2 pula.. sbb terlalu 'excited' nak cerita. hehehehe

    ReplyDelete
  4. kucing bonda kucing biasa jg..kita namakan jenama kucing kampung masing..ha kucing bonda kucing bandar dalam ,ok

    ReplyDelete
  5. kita pun ada kucing menjadi penglibur lara... kami namakan dia BABY..bulunyer putih susu .. matanya berbola biru dan hijau ... dan seperti jingga dia juga reti bahasa..
    tapi kasih nyer lebih kepada suami .. tidur bersama hahahahha..

    ReplyDelete
  6. ya kadang- kadang kucing pilih kasih atau merajuk. sejak jingga di bawa ke rumah (hadiah dari sha), bucuk bawa diri. tak mahu tidur dalam rumah sebaliknya di setor rumah sebelah apalagi dia dah ada kekasihnya...balik cuma waktu makan...atau terbau melor pulang diapun melenggang masuk rumah....wah mak utih dan baby cantik pasti

    ReplyDelete