Secawan kopi putih....saiz minuman untuk pemain bola sepak
Jangan menjeling ini kerusi Bechkam lalalaaaa (Mei 2003)
Jangan menjeling ini kerusi Bechkam lalalaaaa (Mei 2003)
ALAHAI, saya tidak minat Bechkam pun. Tetapi kerana kita berada dalam lingkungan dan peristiwa semasa, keraplah anak-anak muda dibuai arus oleh (ke)popular(an), sehingga saya dicabar, kebetulan saya baru selesai seminar Sastera Asia Timur di kampus St Petersburg - Moskow pulangnya singgah di tanah Belanda atas pelawaan Prof Mollen ( yang pernah menunggu saya di stesen Leiden dengan dua buah basikal di tahun 1986, kemudan mencari dan bertemu Mawi dan Lily) nak menuju Shefield, untuk melengkap data novel DRS, dari Shefield akan lansung ke London mencari Selma...
" Nah kalau hendak ke Shefield, harus transit di Manchester dulu ?"
" Ha Manchester? wah tak singgah ke stadium bola sepak ke, Bechkam sekarang di sana?"
" Manchester? Beckham? " Saya memang suka di cabar...
Nah dengan tiket khas pelajar, saya masuk ke muzium bola sepak...melihat semua gambar-gambar besar para pemainnya. Manalah saya kenal semuanya, cuma nama Bechkam saja di kepala, mujur bukan musim laga bola keramat....selesai membeli sehelai baju t saya pun santai menuju kafe dan memilih kerusi no 7....Bechkam, memesan kopi putih berbuih, dengan cawan besar di alas piring berbeda warna...biru + jingga....sambil melayang terfikir wajah Beckham yang digilai perempuan-perempuan cantik yang sakit mabuk kepayang...tapi bukan saya lha...Di meja dan kerusi inilah kemudiannya, deringan telepon mengganngu, " Balik Cepat, kita harus protes DBKL kerana akan menghilangkan peta kampung Bandar Dalam ....di mana sekarang?'
Saya tersedak, minuman tidak dapat di habiskan, Imah tertanya, " kenapa bonda....?"
BBB
13 Jun 2009
Bonda menjejaki Beckham di sana, anaknda di sini telahpun berjumpa Gerai yang bonda katakan tempoh hari sebelah Kolej Islam sahaja rupanya. Anakanda ingin bersiap sedia lebih awal mana tahu kita dapat ketemu di sana sikit masa lagi....
ReplyDeleteSalam DR...wah jauhnya kembara...lama tak jumpa..saya rindu nak dengar cerita Dr..
ReplyDeleteAnakanda baru sahaja hadir bengkel deklamasi sajak dan syair di DBP siang tadi...Cukup indah sekali bernilai dan berjatidiri tinggi. Tidak sangka anakanda makin mengakrabi dan menggemari seni warisan bangsa budaya kita wahai bonda.....sungguh...........
ReplyDeleteya kadang-kadang seronok sembunyikan diri. Datang ke acara tertentu tanpa disedari sesiapa...duduk dalam gelap malas nak campur dengan orang - orang syok glamour...heheeh...tapi kalau dan janji oke, saya boleh pamer diri...suka lihat telatah orang dari jauh....maaf lah di rimbam dan solitary juga....
ReplyDeletesaya lagi membongkar album lama, kebetulan tengah pindahkan barang dari bangi ke gombak dan templer, buka dan lihat wajah lama para sahabat...eh dah rasa amat tua aku ini...ya Rabb, Syukur Dikau beri waktu ku untuk bicara dengan para anakanda muda yang ramah hati...amin.
ReplyDeleteBonda
ReplyDeletewah jalan jauh dengan Imah? lain kali ikut ya!
tapi mawar sayang, Imah dah menghilang, kesian dia anakku, sibuk dengan anak-anak kecilnya..tapi dia ibu yang baik hati...menerima tamu siapa saja di rumahnya....harap tesisnya Ph.D nya selesaikan.., ayuh kita ke konggo, terus ke Knya, di situ ada David G Maillu yang punya penerbitan hebat...hahaha
ReplyDeleteBonda
ReplyDeleteya doa saya juga Imah selesai... Kenya? mahu! mahu! jom!