Wednesday, 27 May 2009

CUCU ALAM

Ilham A Latiff Mohidin berganding dengan Sasterawan
Negara Datuk A Samad Said
SEKALI lagi terima kasih kepada Institut Terjemahan Negara Malayasia, kerana mempertemukan kami dengan kawan-kawan penulis pada 19 Mei lalu. Saya merasa dimanjakan kerana Mei dan Rina datang menjemput saya di rumah Mak, Kg Bandar Dalam. Dalam acara seumpa inilah wajah-wajah yang hilang tiba-tiba muncul, bukankah inilah detik yang dinanti dalam acara santai dan terbuka, sederhana dan mewah juga kami di jamu....Alhamdullillah. Tetapi bagi saya yang mengharukan ialah menemuikan kembali wajah yang hilang itu. Nah lihat siapa yang gagah tempan ini, ingat Oom Latif Mohidin atau Pago-pago? Ketua Anak Alam (1975 - ) . Anak Alam dah tua pun tidak seaktif zaman kami remaja dulu....kini sudah ramai Cucu-cucu Alam. Dan hari itu terpampan tergaman melihat kelibat yang seiras sahabat lama kami. Selain Hassanudidin membawa wajah Pak Arena Wati, nah muncul juga Ilham, tetap seiras dengan wajah sang bapa. Cuma Ilham lebih tinggi dan agam. Beliau menggantikan tempat sang ayah yang tidak dapat hadir. Saya sendiri, hanya pernah bertemu Ilham ketika beliau berusia 5 tahun di Melawati. Dan sekarang pemuda ini sudah berusia 30 tahun , kelihatannya lebih ramah daripada sang ayah sentiasa tersenyum melayani karenah sahabat ayahnya yang masih gila-gila bahasa kalau bertemu sahabat lama. Bayangkan kalau bertemu A. Ghafat Ibrahim (AGI) , Ibrahim Ghafar, riuh rendahlah arena. Para eksekutif muda ITNM terkejut ya?
Rasanya bos ITNM juga harus diberi tahu, banyak lagi waris-waris sasterawan perlu dijemput....umpamanya anakanda atau isteri Allayarham Othman Putih, TS Taib, keluarga Datuk Abdullah Hussin, Shahnon Ahmad. Bagi kami kaum penulis terharu kerana ITNM sudah menggambil alih kerja kasih mesra dunia penulisan yang dulu ditangani oleh DBP. Syabas...bukan ampu ye.

2 comments:

  1. Salam Dr., terima kasih kerana dapat menghadiri majlis tersebut. Kami telah menjemput waris/wakil keluarga sasterawan yang Dr. maklumkan, cuma terdapat halangan yang menyebabkan mereka tidak dapat hadir. Malah Puan Fadilah (waris Othman Putih) mengalirkan air mata selepas menerima bingkai gambar wajah arwah.

    ReplyDelete
  2. boleh saya dapatkan poster pelancaran buku-buku itu. termasuk poster di PWTC dulu. Terima KASIH untuk semua kerabat ITNM

    ReplyDelete