Antara rumah warisan yang masih utuh di Kampung Padang Balang (1940an)
Cogan bendera kampung kami
Tan Sri Abdul Aziz berbicara dengan latar perundangan
Tahun 2003, DBKL mengganggu dengan perancangan mencanggihkan kota raya. Tapi tahun itu kami datang membela dan proposal pembangunan dan sejarah kampung, rungutan kami diterima, tak jadilah kampung kami di bedah. walaupun Chubadak sudah dirompak sebelah. Tahun 2008, mereka mengganggu lagi, kami diminta datang untuk berbincang. Buat proposal lagi. Kami di minta untuk berbincang ...kenapa sebelum peta perancangan dibuat, mereka tidak menghirau pandangan masyarakat kampung sebaliknya dengan bangga mengatakan kampung kami adalah kampuh SETINGGAN YANG KUMUH? Kami tidak sanggup menutup sebelah mata, atau lena dengan tawaran projek membina kondo 20 tingkat, menjadikan kampung kami sebagai pusat perniagaan , membina tiang LRT di depan rumah ....kami bising, hanya Harakah dan Sinar saja yang sanggup mengwar-war protes kami. Bendera hitam bergantungan di jalan - pertahakan TANAH MELAYU. Kami pun buat acara protes dengan pameran budaya , baca puisi dan lancar buku Kasih Bonda di surau Tarbiah (9 ogos 2008). Seniman Negara Dato Syed Ahmad Jamal dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said datang, Tan Seri Datuk Seri Sanusi Joned turunt datang menyokong. Ketua Pengarah DBKL juga datang, beri seekor lembu. Lembu kami sembelih, makan dan baca doa tapi proters tetap protes.
Resolusi ini telah dihantar ke DBKL. Kami menunggu juga tindakan Dato' Bandar - atau apakah kami perlu mengadap YM Raja Nong Chik (Menteri WP) selepas ini. Kerja kami belum selesai . Akan mengadap mengadap DYM Sultan Selangor pada 21 Mei , semoga mendapat sambutan positif daripada baginda. Bukankah kampung kami nini dulu adalah di bawah kuasa Sultan?
PUNCAK KONGRES KAMPUNG KASIH BONDA
PETA KUALA LUMPUR 2020, masih mengocak perasaan penduduk enam kampung asal di WP (Kg Bandar Dalam, Padang Balang, Chubadak, Sungai Merali, Sungai Mulia dan Kampung Puah) . Anda kerap hilir mudik di kampung ini, tapi tetap saja bertanya , " hei di mana ya kampung itu? " Nah, bahagian Kampung Bandar Dalam, di simpang masuk sudah dibedah oleh Lebuh Raya DUKE - hanya untuk kemudahan laluan dari Hulu Kelang ke Damanasara. Apa anda peduli, kalau anda nak balik ke Kota Bharu, atau ke Pantai Timur, memang menderulah kereta kalian. Sambil santai lena - dalam bas dua tingkat, boleh saja berbisik-bisik, wah cantiknya wajah ibu kota kita..Itulah tujuan asal DBKL tahun 2020, semua wajah kota harus dicolek cantik molek, maka laluan di 6 buah kampung ini akan dimusnahkan hahahah. Mereka lupa, ini tanah Rizab Melayu. Tanah ini diteroka oleh para ulamak, pedagang (bukan pelarian atau pendatang haram) datang dari Payakombuh, Batusangkar, dari suku Batangkapeh, suku Tanjung , dari Bukit Gombak, daru Chubadak di kaki Merapi Ranah Minang, dari Siak, dari Jambi, Madailing, Rawo kerana memprotes Belanda yang mengutip cukai kepala. Ini cerita Tuk Janggut seorang Buano - juru tulis Belanda yang datang setelah Perang Padri 1830an. Sutan Puasa dari kumpulan ketua Rawa datang membuka lombong bijih, pengikut Raja Abdullah putera Raja Jaafar, keluarga Bugis Melayu yang pertama kali membuka lombong di Lukut. Dengan sokongan Sultan Muhamad Sultan Selangor (1830-) tiba di Pelabuhan Batu (simpang sungai Kelang-Sungai Gomabk = masjid Jamek Sekarang), membuka kedai, di Ampang (Ampang Point sekarang). Di Pelabuhan Batu (sekitar masjid jamek dan Pasar Budaya sekarang, berkumpyula mereka di kampung Rawa, (tidak jauh dari Bank Negara sekarang), jadilah Jalan Melayu. Ini terjadi sebelum kedatangan ketua geng Yap Ah Loy. Tidak heran, telah beberapa kali Buyong Adil menegur agar fakta ini di perbaiki, yang membuka Kuala Lumpur ialah Raja Abdullah. itu terjadi 150 tahun lalu. Tahun yang sama juga sudah berkumpul pengikut Abdullah Haji Hukum, Datol Dagang dan Pak Daman (penghulu di sungai Kelang= berkahwin dengan Sara, jadilah Damansara sekarang)

Dan tarikh 9 April lalu, buat pertama kali Pertubuhan MUAFAKAT mengadakan Kongres MEMPERKASA PERKAMPUNGAN TRADISI MELAYU WILAYAH PERSEKUTUAN (Kampung Bharu yang hampir ditelan itupun tak berani buat Kongres hahaha)....Tan Sri Aziz. Prof Bahari (UIA), Chekgu Zainal Abidin, saya dan Haji Jajuli (mantan pegawai DBP) pun duduk bersuara . Tan Sri Abdul Aziz bersuara dari sudut perundangan, membincangkan, ' pengambilan tanah di semua kampung yang berstaus tanah pertanian kekal itu adalah bertentangan dengan Artikel 153 Perlembagaan berhubung tanah rizab Melayu - Malah DBKl juga gagal mematuhi Seksyen 12 A, Akta 201 yang memerlukan pihak berkuasa tempatan (PBT) mendapatkan pandangan drpd penduduk setempat mengenai rancangan pembangunan yang ingin dilakukan di suatu kawasan".
Keputusan dan resolusi telah dapat dirumuskan antaranya:
1) Memutuskan supaya pihak berkuasa tempatan mengistiharkan kampung-kampung tradisi sebagai kampung warisan
2) Bersetuju membentuk AJK penduduk yang akan dipertanggung jawabkan memelihara nilai tradisi Melayu selaras dengan pembangunan sejagat yang bersesuai dengan budaya Melayu yang berteraskan Islam (Semangat Kongres Kebudayaan Melayu, Disember 1957-januari 1958 di Melaka dan Kebudayaan Kebangsaan, 1972)
3) Bersetuju membentuk JK pembinaan modal Islam yang bertanggung jawab membina serta melahirkan individu yang mempunyai keyakinan diri , tidak mudah kecewa atau berputus asa
4) Menuntut supaya diadakan semula pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dimansuhakan pada tahun 1965.
2) Bersetuju membentuk AJK penduduk yang akan dipertanggung jawabkan memelihara nilai tradisi Melayu selaras dengan pembangunan sejagat yang bersesuai dengan budaya Melayu yang berteraskan Islam (Semangat Kongres Kebudayaan Melayu, Disember 1957-januari 1958 di Melaka dan Kebudayaan Kebangsaan, 1972)
3) Bersetuju membentuk JK pembinaan modal Islam yang bertanggung jawab membina serta melahirkan individu yang mempunyai keyakinan diri , tidak mudah kecewa atau berputus asa
4) Menuntut supaya diadakan semula pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dimansuhakan pada tahun 1965.
Resolusi ini telah dihantar ke DBKL. Kami menunggu juga tindakan Dato' Bandar - atau apakah kami perlu mengadap YM Raja Nong Chik (Menteri WP) selepas ini. Kerja kami belum selesai . Akan mengadap mengadap DYM Sultan Selangor pada 21 Mei , semoga mendapat sambutan positif daripada baginda. Bukankah kampung kami nini dulu adalah di bawah kuasa Sultan?
Kalau tidak keberatan izinkan saya memanggil Doktor sebagai bonda jauh lebih mesra. Kalau bonda perasan ada sebuah sajak karya Shukri Abdullah bertajuk Kota Silap Mata. Begitulah gamabaran kotaraya bernama Kuala Lumpur yang makin menjamah warisan bangsanya sendiri tidak peduli dan tidak mengenal erti demi kemajuan materealisitk tidak diseimbangi rohani dan jasmani..Kuseru kembali roh dan semangat Raja Abdullah ke setiap hati anak bangsa mempertahankannya sepenuh jiwa demi Islam tercinta.
ReplyDeleteAmin anakanda. Kadang-kadang bonda bangun tengah malam, ada angin membisik ke jiwa, bangun wahai bangsaku para pemuda pemudi bangsa....inilah harga diri, martabat sebuah bangsa Ciptaan Yang Maha Esa.
ReplyDeleteAmanat penuh manfaat akan kami jadikan azimat.....
ReplyDeleteSalam buat Kak Siti: Kenapa segala yang bernama dan berasal dari Melayu gemar diusik dan digusur oleh mereka yang kita angkat sebagai pemimpin, yang juga Melayu?
ReplyDeleteAtau kita yang silap kerana mempercayai mereka sebagai pemimpin?
Marsli N.O
ya Marsli, mereka juga sudah malu mahu menyebut Melayu, , baik nama anak-anak mereka, nama rumah mereka, rambut dan bola mata hitam Melayu juga malu di wajah mereka. kalau ada yang menggunakannnya dianggap tercicir, kuno dan dan ketinggalan. saya akan ke kuantan, pada 12-14 Mei program seminar tenunan Melayu, insyaAllah kita jumpa?
ReplyDeleteSalam. Bisa sahaja. Kalau ada terbiatn baharu atau di luar dokumentasi saya, sila bawa untuk dibarter.
ReplyDeleteMarsli N.O