Friday, 23 January 2009

OBJEK WARISAN

Pusara lama di Kg Bukit Belimbing Mukim Pasangan, Selangor
111.
(Data YAMWS)

SALAH satu konsep YAMWS ialah mengenal dan menyenarai pasti unsur warisan budaya yang berselerak di daerah Negeri Selangor. Antaranya ialah objek sejarah yang mungkin sebagai bahan arkeologi pra sejarah teramasuk artifak yang menggambarkan kepentingan agama dengan pengisian artistik terhasil dengan teknologi tradisi. Obejk sejarah ini juga merangkumi segala peralatan budaya atau melalui pendekatatan antropologi dikategorikan sebagai bahan etnografi (segala peralatan hidup , peralatan rumah tangga, usaha pertanian, perikanan, pelayaran dll).
Sebagai ketua unit Seni Bina dan Seni Hias, mata saya harus cepat menangkap objek-objek warisan yang dilihat sepanjang jalan di wilayah kajian. Di Kampung Belimbing, di celah-celah rumah tradisi ditemui pusara lama (betul-betul di pinggir jalan), terbiar dalam semak lalang. Pusara masih utuh dengan dinding kepingan batu datar bertarah dan sebuah nisan lain tersandar di badan pusara. Di percayai nisan-nisan itu sudah dicabut dan dibawa keluar, tapi si pengambil harus memulang kembali ke tempat asal. Gurisan kaligrafi yang dituris sudah haus, menghilang nama pemiliknya. Pihak Musium Selangor kononnya sudah merakam data tersebut, tapi sayang ia masih ditinggal sepi di persekitaran rumah yang semakin tumbuh di situ. Tubuh nisan yang berdiri dalam kurungan berpotongan bulat lekuk butung dan sebuah yang tersandar berpotongan leper (yang melambangkan nisan wanita) dengan bahagian kepala dipotong berbentuk lekuk tiga. Kerana tidak terdapat banyak unsur seni hiasnya, maka kerja penelitian makam ini akan diuruskan oleh kurator Intan yang sedang melengkap tinggalan nisan khusunya nisan batu Aceh yang masih berselerak di daerah dan mukim Kuala Selangor.
24 Januari 2009: 15:50

No comments:

Post a Comment