Sunday, 19 October 2008

PERSIAPAN PAMERAN

LETIH amat terasa. Kadang memang malas nak buat pameran solo. Kalau diserahkan kepada galeri lain, tentu ada masalah juga. Kita pula sudah biasa kerja sendiri. Tapi kali ini terima kasih kepada Melor dan Ida yang sanggup bertungkus lumus berperang perasaan menghadapi beberapa pasangan lain yang terlibat. Soka Gakkai juga terutama Joene juga amat membantu.Kini menunggu rombongan pemuzik dari Kota Bharu....sayang pendana yang berjanji belum beri putus, kos persembahan mereka. Adik-adik lain Fathul Luqman sudah bersedia untuk persembahan lagu-lagu puisi. Begitu juga Zul dengan Dewangga Sakti begitu berbaik hati untuk mencipta lagu puisi sempena pameran Angin Si Pauh Janggi. Terima kasih Tuhan membawa sinar sejuk pagi ini. Titis hujan berdenting di atap zink. Tupaipun menari-nari.

No comments:

Post a Comment