Tuesday, 19 August 2008

Sidang Seni 2008

Balai Seni Lukis, Selasa

MAHU datang ke Balai Seni pagi ini? ada suara tersangkut di hujung telefon. Ku buka diari memang sudah tercatat ada acara sidang seni akan dirasmikan oleh Menteri Kekwa. Tidak tahu apakah program itu rasmi atau santai. Tidak ada info lengkap. Tambahan pula aku sudah tidak berlanggan surat khabar kecuali membelinya setiap hati Minggu atau ada yang memforward sumber seni baru terkial memesannya kepada Cik Melor. Nah kaupun melangkah menuju keluar ke arah jalan Ipoh, menuju Selayang, masuk ke simpang Gua Batu, memilih jalur kanan untuk masuk ke simpang ke arah Sentul. Jalan bersayap, jejambat sudah terentang gagah, menenggelam Kg Chubadak dan simpang ke Kg Bandar Dalam. Kau menyusur ke Jalan Sentul tembus ke Sentul Baru tembus pula ke Jalan Pahang melurus masuk ke kawasan tasik , sebelum memilih ke lorong sisi kemuju Istana Budaya. Ya memang sudah berderet tenda kerucut putih, bas UPSI, dan sekumpulan pelajar berjejer di tangga, sibuk berbisik, mendaftar kena bayar RM 50 untuk sesi sidang seni? Ya bayarlah minta potong harga pelajar. Aku berhenti di meja jualan katelog lengkap pameran Susur Masa, tebal cantek dan mewah, tak perlu bayar kerana memang ada lukisanku di situ.

Siapa kau jumpa adalam acara sidang seni? Ya teman-teman pelukislah, ada Seniman Negara Syed Ahmad Jamal, ada Zakaria Ali, sekarang prof di UPSI (lari ke UPSI baru dapat gelar profesor penuh), Prof Mulyadi, Prof.Madya Dzulihimi, lain-lain penyarah muda..Mana pelukis?
Wah inilah sakit dunia ilmu. Seni rupa masih dapat diandaikan, kononnya pelukis kerjanya melukis. Titik. Kalau serius buat pameran solo. Lukisan terjual hebat. Kalau yang anjurkan ialah galeri swasta berapa pula komesyen harus dipotong untuk galeri. Siapa pula yang melaporkan kegiatan seni lukis. Adakah wartawan seni sanggup menunggu hingga ke sesi petang dan datang esok. Bra-braaa otakku hilir mudik mencari pengkritik atau kolektor seni. Nihil. Kaupun merayap di ruang sepi ilmu itu, kecuali menatap lukisan hebat terpasang dan mula disoroti atau diintai oleh pengunjung cilik (musim cuti sekolah, mujur masih ada guru-guru yang terbuka hatinya membawa murid2nya). Tentang sidang seni yang berjudul SINI 08, sesi selepas ucap utama oleh Prof Thomas William allan Witfield (Pengarah Institut Kebangsaan Penyelidikan Reka Bentuk, Universiti Swimburne, Melbourne), yang banyak bicara soal fungsi otak yang menghasilkan rekabentuk baik dan tidak baik, tentang fungsi telinga mata, yang meransang ide untuk menghasilkan daya cipta, sempat juga kuikuti, ceramah Baharuddin M.Arus yang sudah bertugas di Univertsi Sultan Hassanah Bolkiah BD. Asyiklah dia dengan teori Barat, dengan pengaruh seni lukis moden yang masuk tahun 1930an. Masih juga dengan andaian seni tempatan pada awal perkembanganya hanya bernilai seni gunaan kraf (bukankah seni pantun juga merupakan seni gunaan yang didendang nyanyikan dalam upacara adat meminang dsb), atau karya Orang Asli tanpa merujuk kepada pemikiran seni, hanya kerja seharian, mengukir untuk pemujaan untuk hal ritual. Seni lukis tempatan baru terbuka dengan kemasukan pengaruh aliran berus cina, atau cat air. Teori Piyadasa begitulah . Aku sudah bosan dengan pendekataan yang tidak menggali, masih mengikuti sejarah seni Barat, bila Picacsso dan angkatanya memilih seni primitif untuk melahirkan kubisme, atau Gaugin harus melarikan di ke Tahili, mengkamui seni topeng dan arca pribumi, maka diandaikan juga pelukis moden Malaysia juga terilham dengan kunikan topeng-topeng primitif itu?

Wah-wah setengah mengantuk, mujur juga Mulyadi berani mengemukakan katun Hamzah dengan Wak Katuk, si Jambul atau katun Wak Tempe! Mulyadi mula menggali dengan menyelurusi sejarah wajah-wajah Melayu dalam dunia seni rupa Melayu. Syabas.

No comments:

Post a Comment