RABU 28 Ogos 2008
KAMI berkumpul lagi di RA Galeri Jalan Aman. Setelah meninggalkan DBP menghadhiri acara Anugerah Kencana (untuk esei/seni Akademik) berkumpul di bilik ketua editor Norimah, menangkap deraian ketawa Mansur Saman (Datuk,Dr) dengan Arbak (Prof.Madya,Dr) dan Rahim Abdullah, maka kamipun bertukar buku (dapat buku, komplentasi), hingga dengan janji " Kita jumpa lagi bulan depan, gegar bilik editor DBP". Norimah sengeh harap dia maklum kami yang mundar mandir ke DBP sediakanlah ruang mini untuk kita berdebat, memberi komentar tentang wajah buku (layout) supaya buku terbitan DBP lebih cerah!
Tetapi di RA Galeri kami lebih santai. Ketawa berderai di mana-mana apalagi kalau yang berbicara ialah Raja Azhar , bicara sinis pintar dari kolektor Pakha dan suara lincah berderai dari pasangannya Fatim. Inilah suara seni rupa yang kerap memberiku kesegaran, untuk berfikir tentang gelodak berkecamuk mainan seni... tentang harga lukisan di pasaran, siapa penonton, siapa pembeli, siapa pengkritik, siapa wartawan seni lukis yang sabar dan berbaik hati rajin menulis sambil memberi penilian bukan sekadar mengutip daripada bahan press yang diedar oleh kurator. Dan petang Isnin yang lalu, kamipun disuguhkan dengan karya cerah gemilang dengan ledakan panas beberapa judul di ruang dalam galeri. Seperti biasa, lukisan Seniman Negara Syed Ahmad Jamal (SAJ) yang menjadi pelukis undangan RA kali ini menjelang hari 51 tahun merdeka memang mempamerakan kegahanyanya, besar, lebar, baik meninggi garis loseng atau mendatar garis pakan. Suara ledakan itu kerap tersembunyi meninggal wajah figura sebaliknya mainan ruang, garisl dan warna. Bila yang ditampilkan dengan judul citra ledang, sirih pinang dengan ikon tempatan antaranya dengan judul Gunung Delang/Tanjung Kupang (1978), Sirih Pinang (1990), Keris (2007) hinggalah dengan citra global seperti Tun Mamat Mendaki Himalaya (1984), Palestin (1983), Arena Bosnia (1993).
Rumah sejarah seni dan warisan bonda. Sila jejaki tangga ke rumah kita.Kelopakpun kembang ke jejenang diri
Wednesday, 27 August 2008
Tuesday, 19 August 2008
Sidang Seni 2008
Balai Seni Lukis, Selasa
MAHU datang ke Balai Seni pagi ini? ada suara tersangkut di hujung telefon. Ku buka diari memang sudah tercatat ada acara sidang seni akan dirasmikan oleh Menteri Kekwa. Tidak tahu apakah program itu rasmi atau santai. Tidak ada info lengkap. Tambahan pula aku sudah tidak berlanggan surat khabar kecuali membelinya setiap hati Minggu atau ada yang memforward sumber seni baru terkial memesannya kepada Cik Melor. Nah kaupun melangkah menuju keluar ke arah jalan Ipoh, menuju Selayang, masuk ke simpang Gua Batu, memilih jalur kanan untuk masuk ke simpang ke arah Sentul. Jalan bersayap, jejambat sudah terentang gagah, menenggelam Kg Chubadak dan simpang ke Kg Bandar Dalam. Kau menyusur ke Jalan Sentul tembus ke Sentul Baru tembus pula ke Jalan Pahang melurus masuk ke kawasan tasik , sebelum memilih ke lorong sisi kemuju Istana Budaya. Ya memang sudah berderet tenda kerucut putih, bas UPSI, dan sekumpulan pelajar berjejer di tangga, sibuk berbisik, mendaftar kena bayar RM 50 untuk sesi sidang seni? Ya bayarlah minta potong harga pelajar. Aku berhenti di meja jualan katelog lengkap pameran Susur Masa, tebal cantek dan mewah, tak perlu bayar kerana memang ada lukisanku di situ.
Siapa kau jumpa adalam acara sidang seni? Ya teman-teman pelukislah, ada Seniman Negara Syed Ahmad Jamal, ada Zakaria Ali, sekarang prof di UPSI (lari ke UPSI baru dapat gelar profesor penuh), Prof Mulyadi, Prof.Madya Dzulihimi, lain-lain penyarah muda..Mana pelukis?
Wah inilah sakit dunia ilmu. Seni rupa masih dapat diandaikan, kononnya pelukis kerjanya melukis. Titik. Kalau serius buat pameran solo. Lukisan terjual hebat. Kalau yang anjurkan ialah galeri swasta berapa pula komesyen harus dipotong untuk galeri. Siapa pula yang melaporkan kegiatan seni lukis. Adakah wartawan seni sanggup menunggu hingga ke sesi petang dan datang esok. Bra-braaa otakku hilir mudik mencari pengkritik atau kolektor seni. Nihil. Kaupun merayap di ruang sepi ilmu itu, kecuali menatap lukisan hebat terpasang dan mula disoroti atau diintai oleh pengunjung cilik (musim cuti sekolah, mujur masih ada guru-guru yang terbuka hatinya membawa murid2nya). Tentang sidang seni yang berjudul SINI 08, sesi selepas ucap utama oleh Prof Thomas William allan Witfield (Pengarah Institut Kebangsaan Penyelidikan Reka Bentuk, Universiti Swimburne, Melbourne), yang banyak bicara soal fungsi otak yang menghasilkan rekabentuk baik dan tidak baik, tentang fungsi telinga mata, yang meransang ide untuk menghasilkan daya cipta, sempat juga kuikuti, ceramah Baharuddin M.Arus yang sudah bertugas di Univertsi Sultan Hassanah Bolkiah BD. Asyiklah dia dengan teori Barat, dengan pengaruh seni lukis moden yang masuk tahun 1930an. Masih juga dengan andaian seni tempatan pada awal perkembanganya hanya bernilai seni gunaan kraf (bukankah seni pantun juga merupakan seni gunaan yang didendang nyanyikan dalam upacara adat meminang dsb), atau karya Orang Asli tanpa merujuk kepada pemikiran seni, hanya kerja seharian, mengukir untuk pemujaan untuk hal ritual. Seni lukis tempatan baru terbuka dengan kemasukan pengaruh aliran berus cina, atau cat air. Teori Piyadasa begitulah . Aku sudah bosan dengan pendekataan yang tidak menggali, masih mengikuti sejarah seni Barat, bila Picacsso dan angkatanya memilih seni primitif untuk melahirkan kubisme, atau Gaugin harus melarikan di ke Tahili, mengkamui seni topeng dan arca pribumi, maka diandaikan juga pelukis moden Malaysia juga terilham dengan kunikan topeng-topeng primitif itu?
Wah-wah setengah mengantuk, mujur juga Mulyadi berani mengemukakan katun Hamzah dengan Wak Katuk, si Jambul atau katun Wak Tempe! Mulyadi mula menggali dengan menyelurusi sejarah wajah-wajah Melayu dalam dunia seni rupa Melayu. Syabas.

Sunday, 10 August 2008
Kasih Bonda dan Seniman di Madrasah Tarbiah
Setelah lebih 5 tahun, baru buku ini menjelma. Jalan berliku, dan hampir melupakan baru buku ini muncul. Kerana ia cerita tentang kampung, maka wajarlah di adakan di kampung.Banyak tamu yang sesat jalan, kerana jalan Gombak yang semakin kacau, besar luas tapi tanpa tanda arah...timbunan pasir, rumah lama dibongkar berganti dengan bangunan batu, deretan kedai baru, himpitan kereta bertumpuk di depan kedai, jalan ke suraupun hilang di pandangan. Nila pun tersesat hingga ke UIA. Onn bertanya ke masjid di Sungai Mulia. Mana surau Batu 4 1/4? tetapi selera pemuda madrasah yang nekat memasang poster, kain rentang dengan ungkapan membara, bendera hitam mengganti wajah bendera , biru, atau hiru atau hijau. Hitam, hitam, benderapun bagai sayap helang, selintas, macam kain layar, kami menggantungnya hingga dinihari . Berkobar-kobarlah hati nurani, kerana kita tidak akan berganjak dari kampung yang telah diteroka hampir 200 tahun lalu. Ya itu juga sokongan Seniman Negara Syeh Ahmad mahupun Sasterawan Negara A.Samad Said, katanya lagi (seperti ungkapan ketika melancarkan buku Kasih Bonda Kampung Paya Kami, " dia yang melawan dengan rasa seni, merakam sejarah dan lakaran seni, tanah ini pernah diteroka di jaga dikembang dan adab resam semakain hilang, dia sendu tapi terus berkarya, inilah Kasih Bonda'. Mana sahabat dekat itu? Ya ada Fauzi anak angkat Mak, datang, menyentuh bahu, seakan menyokong kerja sahabatnya. Catat sms Onn sahabat lama sejak di Jogja, "...saya sangat kagum dgn usaha mulia anda utk mempertahankan warisan jati Melayu Gombak." Ya ini belum selesai sahabatku. Mereka masih menjelaskan (demikian ucap orang besar DBKL), " tanah semakin tinggi nilainya, siapa tak mahu wang kalau tanah dijual?" Wah,wah mahu jual tanah siapa yang beli, dengan harga tinggi? bangunan baru dengan harga melonjak mewah, siapa pula yang bakal menempati kampung Tanah Simpanan yang tidak dipedulikan lagi nilai sejarah ini. Ya seniman pun menempek, Syed Ahmad Jamal, A.Samad Said seakan menjerit merembas cat merah, kuning biru, ke atas kanvas kereta buruk yang tersadai lama di depan madrasah. Hitam sayap helang menjadi merah silau ayuh...inilah waris senjarah adalah maruah kasih bonda...!
Wednesday, 6 August 2008
KASIH BONDA KAMPUNG PAYA KAMI
JEMPUTAN untuk sahabat penyair-pelukis Sempena menyambut RAMADHAN :
Khenduri Budaya Kampung di Madrasah Tarbiah
di Batu 4 1/4 Jalan Gombak, K.Lumpur
pada 10 Ogos 2008 jam 10 pagi
setelah doa diikuti acara:
1) pelancaran buku KASIH BONDA Kampung Paya Kami
2) pameran Pelukis Gombak : Kemala, Ghani Ahmad,
Mansur Ghazali, Maamor Jantan, Raja Ahmad, Susilawati
dll
3) demo seni ukir, seramik, oleh pelajar Institut Kraf Negara
4) melukis bersama anak-anak kampung
Ikut serta penyair-pelukis Tengku Alaudin dan pelukis2 cat air Melayu, teman-teman penyair, Baha Zain, Aziz Deraman , Dinsman, dengan tetamu khas Sasterawan Negara A Samad Said, Seniman Negara Syed Ahmad Jamal.
Mari bermesra dengan keluarga kampung kami sebelum Tanah Simpanan Melayu kita dibaham naga puaka 2020! Rakam pengalaman sejarah seni untuk projek pameran dan terbitan 2009.
INSYAALLAH.