Sunday, 13 July 2008

12 Julai 2008 - Malam kenangan sebutir bintang

Minggu 13 Julai 2008



Alhamdullillah, segala kebingungan Lyna bagi mengadakan malam sebutir bintang terkabul juga.Sejak bertemu dengan dialog seniman di RA Fine Arts Gallery, merancang untuk mendapatkan penaja, siapa menyangka, cadangan disambut oleh Institut Terjenamah Negara Malaysia (ITNM). Lyna boleh tersenyum setelah menitiskan air mata sebak ketika setelah dilancar oleh Timbalan Mentera Pelajaran Datok Razali Ismail. SN A Samad Said , Muhamad Haji Salleh teman-teman Allahyarham dari Hi O, juga turut tiba merayakan malam di ITNM di Wangsa Maju. Khir dan teman-teman muda kaki tangan mereka sungguh ghairah menyambut melayan kami. Uji Rashid dengan anaknya Chiko juga hadhir. Kelihatannya kelibat Din Jambu dengan isteri dan anaknya. Datuk Rahim Razali tersandar sendiri sambil menunggu acara lakonan terakhir, Jebat + Hang Tuah. Semua menunggu acara itu barangkali. Zek sebagai pencerita kadanga bergaya bagai Hang Tuah yang harus mencui Tamingsari (merampas dengan helah). Ya semua tahu itulah karya yang diangkat oleh UA yang telah beberapa kali dilakonkan hingga tibawa juga ke London! Kenapa acara ini boleh dipentaskan di halaman ITNM ? Bukan di DBP atau di ASWARA? Cuma di hujung malam ASS seperti memberi pesan, "Hati-hati saja, anda sudah memasuki wilayah orang? " Tidak jelas, apakah acara yang melibatkan SN hanya wajar dilakukan oleh DBP? Tapi sejak perbincangan awal, wakil DBP agak ragu - ragu memberi keputusan, "kami juga sudah terlibat dengan acara minggu teater, sudah diaturkan jua acara baca puisi bulanan kerjasama dengan DBKL". Ya apa boleh buat, kerana buku terjemahab puisi UA sudah disusun oleh Lyna dan ITNM sudah bersetuju untuk menerbitkan Jiwa Hamba, maka dilancarkanlah malam semalam 'prajual' buku tersebut. Borang juga sudah diedar, untuk tempahan awal. Syabas. Semoga saja kalau Allahyarham masih berada dengan kita apakah beliau tidak terkilan dengan sepinya sastera di kalangan masyarakat tanah air kini?

No comments:

Post a Comment