Monday 10 September 2012

Malam Takbir Raya 1433/2012

ALHAMDULILLAH
kita masih diberi hari untuk bersama meraikan Idilfitri (1433 H). Kampung kecil kami di celah kota raya masih diberi kesempatan juga meneruskan tradisi bermalam takbir raya. Si kecil dengan gembira mengikuti rombongan Madrsah Tarbiah mengamin doa setelah takbir saling bersahutan. Hanya hidangan sederhana tersedia, dan si teruna kecil ini juga tidak kuat untuk menambah selera makan kerana tiba di rumah tua itu sudah jam 12.30 dini...tetapi kali ini mereka gembira mendapat cenderamata poskad Bijak Si Katak Bijak.....Allahuakbar. Maaf Zahir Batin...dipanjang usia kita bersua lagi dan si teruna kecil makin tambah dewasa. Amin.