Rumah sejarah seni dan warisan bonda. Sila jejaki tangga ke rumah kita.Kelopakpun kembang ke jejenang diri
Sunday, 22 March 2009
Singa Pulau Pinang, bukan singa Barong Bali ya Cik Melor
10 Feb 2007, kami berhari raya china di Pulau Pinang. biasalah singapun melompat-lompat, Cik Melor pun bagai melatah, mahu ambil gambar tapi sembunyi di balik tiang. entah kenapa lah Cik Melor ini, dulu di tahun 1986, di Kelungkung juga terpingkal-pingkal menyorok di belakang Bu Yasmin, takut dengan singa barong kecak. Ni, dia baru balik dari Ubud ikut acara Nyepi, masih takut dengan singa barong ke lagi?
Bilik Mandi gaya lama?
Setelah peristiwa adik kelemasan di besen mandi, rumah kami jarang lagi membiarkan air bertakung dalam besen. Itulah peristiwa tahun 1954, adikku
Zainal Abidin bin Ismail (Allyarham) tergelunsur dalam besin berair suam kuku, Mak terlepas adik setelah menyabun badan adik . Itulah rahsia sehingga Mak kerap menangisi pemergian adik. Seingatku memang Mak jarang membeli besen dari bahan zink lagi. Tiba-tiba aku kembali mencari besen seperti itu sehinggalah terjumpa semula di kedai IKEA .
Jadi di bilik mandi di rumah lama Mak kutadah air bertakung terasa sejuk dingin dan harum dengan pelepah daun pandan. Batu-batu kerikil putih, batu - batu sungai terhimpun sejak lama, menghimpun segala rindu silam. Al fatiha buat Bonda, Abah, Ninda dan Adindaku . Amin
4 Ekor Bayi Tam-tam
GARA-GARA kelahiran bayi-bayi inilah Tam-tam begitu riuh rendah melindungi, dari diganggu bapa kucing. Hingga Bucuk membawa diri, dan sejak dua hari lalu Tam-tam makin galak, mencakar Jingga. si kecil Jingga ketakutan lari keluar ruang dan tiba-tiba dapat memanjat dahan pokok jambu jambak, dan akhirnya menginau nyaring kerana takut turun. Tapi sayang ke 4 ekor bayi Tam-tam tidak menampakkan tampang putih belang si Bucuk. Rupa nya jejaka muda kami ini masih pemalu, hingga harus membawa diri, kerana merasa ada tangisan baru di kediamannya. Baru sebulan usia bayi Tam-tam sudah mula keluar dari ruang dapur, masuk ke ruang tengah, hari ini tidak tahu di mana pula Tam-tam menyembunyi bayi-bayi comelnya ini.
Bucuk pulang sehari
dia menghening cipta - jangan ganggu
Minggu lalu ( 19Mac 2009) Bucuk dapat dibawa masuk ke rumah. Susah memujuk dan dia masih takut dengan keriuhan Tam-tam dan rengek tamu baru Jingga. Malam tu Melor mendakapnya dan membawa tidur di bilik. Rindu kami terubat juga walau Bucuk masih berdegil rajuknya, ingin sendiri di meja, ingin berehat tanpa gangguan. Kenapa begini sikap jejaka muda kami? Bulan November depan usianya masuk ke 2 tahun. Apakah kami mampu mendakapnya lagi?
Wednesday, 18 March 2009
Terima Kasih Sokagakai
LEBIH 5 bulan pameran Si Pauh Janggi selesai , baru hari ini sempat bertemu lagi orang kuat galeri kumpulan Budha itu. Joaane, Leong dan Foo gembira bertemu dan kami makan di Cafe Istana Budaya. Ku ajak juga Rahimidin dan Dr Zul yang turut menulis katelog pameran, tapi mereka berhalangan. Dapat kucatat tentang sikap tiga orang anak muda keturuan Tiongha ini. 1) Joanne berasal dari Kelantan lulusan UKM. Tentu fasih berbahasa Melayu. Dia PR penting yang menjayakan pameran
2) Leong, penulis seni untuk majalah Sokagakai. Bahasa Melayunya lembut dan dia agak lambat bersuara
3) Foo designer majalah dan dalam pameranku dia sebagai designer lantai dan dinding untuk gantungan lukisan dan arca.
Point penting dalam pertemuan kami ini ialah:
1) kami berbicara dalam bahasa Melayu. Komen Joanne, " jarang pelukis Melayu datang ke galeri kami berbincang dalam bahasa Melayu
2) Leong datang kerana untuk mengambil gambar tekstil Melayu buat tulisannya (aku menyerahkan 9 helai tekstil : 2 helai cindai Pakisan, tenun beragi, Kelantan, tenun karat kuping Trengganu, punca potong Patani, tenun Bugis). Leong akan mengembalikan tekstil itu minggu depan)
3. Foo yang kerap tersenyum dan berbisik dengan suara ibundanya ke arah Joanne, tapi dibalas dalam bahawa Melayu pula oleh Joaane.
Apa komen anda dengan sikap kerja dua lelaki seorang dan wanita China Malaysia ini?
BSLN
2.30 ptg
2) Leong, penulis seni untuk majalah Sokagakai. Bahasa Melayunya lembut dan dia agak lambat bersuara
3) Foo designer majalah dan dalam pameranku dia sebagai designer lantai dan dinding untuk gantungan lukisan dan arca.
Point penting dalam pertemuan kami ini ialah:
1) kami berbicara dalam bahasa Melayu. Komen Joanne, " jarang pelukis Melayu datang ke galeri kami berbincang dalam bahasa Melayu
2) Leong datang kerana untuk mengambil gambar tekstil Melayu buat tulisannya (aku menyerahkan 9 helai tekstil : 2 helai cindai Pakisan, tenun beragi, Kelantan, tenun karat kuping Trengganu, punca potong Patani, tenun Bugis). Leong akan mengembalikan tekstil itu minggu depan)
3. Foo yang kerap tersenyum dan berbisik dengan suara ibundanya ke arah Joanne, tapi dibalas dalam bahawa Melayu pula oleh Joaane.
Apa komen anda dengan sikap kerja dua lelaki seorang dan wanita China Malaysia ini?
BSLN
2.30 ptg
Tuesday, 17 March 2009
Si Jingga saingan Si Bucuk
Jingga tak marah bila si bayi Ici memeluknya
Tamu baru Jingga tiba pada 2 Mac 2009
Tamu baru Jingga tiba pada 2 Mac 2009
Bucuk Jejaka meninggalkan rumah
Tampan Jingga tidak jauh berbeza dengan Jeng Ayu, Si comel , mati kerana selsema, pada tahun 2003.
Sekarang si Melor dah ada baby baru. Tapi kerap juga meninggalkan si comel di rumah menunggu di pintu pagar.
Bel pulang juga ke rumah, Februari 2009
HAMPIR dua tahun Bel (Belang) hilang membawa diri. Di hari usia lebih 3 tahun, dia kembali juga ke rumah Gombak. Sambil menggeselkan bulu ke kaki kami, duduk di celah sofa, mengerek minta makanan - friskies, kadang whiskas bersaing dengan Tam-tam (anak angkat), tepat menyambut kelahiran 4 ekor anak-anak Tamtan. Wajah seriusnya masih seperti dulu, dia anak Tupai yang kembang ekor bagai tupai, juga hilang meninggalkan rumah.
Pengalaman masa lalu, kalau kucing tua meninggalkan rumah, dia telah tahu hari akhirnya menjelang tiba. Jiwo, Magek, Nonggok (lih. Cerpen 4 kartu pos, 1974), juga hilang keluar rumah tidak pulang. Tapi anehnya si Bel, pula pulang ke rumah dengan pasrah, duduk tenang, berehat dan tidur di lengan sofa tanpa terganggu dengan bebel si Tam-tam yang riuh memanggil anak-anaknya. Tamu baru ialah Jingga si bulu kuning, berusia 3 bulan baru datang . Melor dapatkan daripada Sha, Tam-tam daripada Ilya teman sepejabatnya. Tapi sayang kini, Bucuk pula membawa diri. Bulu belangnya berwarna krim susu, anak Baby, beberapa kali harus ke klinik, kerana demam panas. Bucuk sengaja membawa diri, mengalah dengan tamu baru datang, Jingga si jantan baru pula menguasai ruang rumah.
Beberapa kali aku cuba memanggil membujuk Bucuk yang bersembunyi di rumah dapur dan stor Busu Wok. Sayang Bucuk masih merajuk....gimana membujuk kucing merajuk? Guru Besar Haneem ada petua kasih sayang ke?
Lempar Batu Sembunyi Tangan
1. Lempar batu sembunyi tangan (sifat negatif)
2. Kepala batu (sifat negatif)
3. Batu karang (penyakit)
4. Batu permata (untuk bergaya, kepercayaan - perubatan rohani?)
5. Jalan Batu (Batu Road), Batu Arang (nama tempat)
6. Jambu batu (buah- makanan)
7. Hujan batu ( cuaca - musim)
8. Batu hampar (bentuk batu di sungai, nama tempat )
9. Gua batu (eeh Batu cave le)
9. Gua batu (eeh Batu cave le)
Untuk semua ragam, bentuk batu, kujadikan hidangan taman " batu-batu, sebelum kulempar batu ke kepala batumu???" ( akhir tahun 2008-januari 2009 )
Selamat datang Ici
SETELAH tiga bulan lebih Tam-tam melalak, merengek menangisi zuriat awalnya tercicir kini Tam-tam melalak lagi, sibuk menyembunyi 4 ekor bayi barunya. Beberapa kali dia memindahkan bayinya, di bawah meja tulis Melor, masuk ke bawah katil Neneknya, tiba-tiba hilang lagi, sehinggalah sebulan,muncul si Ici (suka duduk di tepi buku puisi --> Isi-->Ici), masuk bakul kecil Sia ini dan dengan tenang, suka lihat kami membaca. Cuma si Ici, umur sebulan ini berani keluar dari bawah katil di bilik atas , menuruni tangga dan duduk di meja tempat kami menulis. Si ibunya Tam-tampun riuh memanggil, tapi Ici duduk dalam bakul ini. Si Ning-ning yang baru menjadi penghuni di rumah kamipun mula menghidu, tapi Bucuk sudah membawa diri, tidur di luar, tak mahu masuk ke rumah, gara-gara ada tamu baru ini.
Monday, 16 March 2009
Siti Menghilang?
halia serai.....tumtumtum perang jati diri?
Perut pecah melingkar sudah berderai,
Gaza oh Gaza kutitip doa
Perut pecah melingkar sudah berderai,
Gaza oh Gaza kutitip doa
Periuk tiris kulakar keluk paku, wahai
BAHASA MELAYUKU tiriskan cinta
pemimpin bangsa?
SEJAK isu GAZA, isu BAHASA MELAYU, Derhaka dan Kesultanan Melayu, benar-benar aku semakin ingin menyepi. Isu GAZA bukan isu baru, sepanjang tahun 1980han kami pelukis wanita membuat pameran Palestin di UM, hingga ada seorang ahli korporat, menyindir dan bersuara: " Anda pelukis sibuk kumpul dana untuk perang di Palestin, tahu tak Orang-orang Arab itu sibuk hilir mudik dengan jet peribadi terbang ke London, LA hanya untuk makan aiskrim". Wah aku terpukul. Jadi bila PENA GAPENA, BSLN buat acara baca puisi, pameran untuk kutip dana ke Gaza, KUSABARKAN HATI hanya dengan doa dan kirim sedekah ALFATIHA dan hantar dana lewat SMS. Kalut? ya seniman mana boleh duduk diam....aku marah dengan pembohongan, dengan janji paslu dengan ego orang politik ,,,,lalu baik ku tumbuk cili padi, di lesung batu, kuketuk tin biskut main gendang dengan monyet yang selalu mengamuk di rumah, masuk lewat tingkap memecahkan piring-pinggan, cawan kerana tidak ada makanan untuk mereka.....periukpun semakin bocor dan tiris kerana dibaling oleh sang monyet...hasilnya inilah karya barang kutipan ku, piring pecah, tin mengalir darah, perut gelember dan pecah....inilah GAZA, inilah perih terbakar hatiku yang lara.....puisipun tidak dapat bertabur di nota...cuma ini......perih dan lara dan doa.....untuk mereka. Aku tidak hilang sahabat. InsyaAllah. Amin....
KONGGERES KEBUDAYAAN MELAYU 11
Sisa makan malam Gaza menjalar ke Istana Negara?
1) Kebudayaan Melayu oleh Mahmud Ahmad
2) Peranan Pelayaran dalam Perkembangan Keb.Melayu oleh Arena Wati
3) Kerajinan, Pertukangan dan Seni lukis oleh Abdul Majid Alias/ Ghani Hamid
4) Seni Drama dalam Kebudayaan oleh AR Tompel
5) Bahasa dan Kesusasteraan Melayu oleh Syaed Nassir Ismail/Samad Ahmad
Datok Borhan vateran pejuang Melayu benar-benar bersayu hati menyampai resahnya apabila Konggeres Kebudayaan Melayu 1 (KKM 1) yang di adakan pada bulan Desimber 1957, hari ini setelah lebih 50 tahun baru bersambut dianjur oleh GAPENA, DBP, Persatuan Sejarah dan JKN diadakan di Wisma Sejarah. " Mana anak muda?" tanya beliau. Tapi aku tertanya juga kenapa tidak ada wakil Orang Muda di meja penal. 50 tahun seusia Negera Merdeka juga. KKM 1 dulu dianungi oleh DYMM Dipertuan Agung disokong oleh Raja-raja Melayu malah didanai oleh Agong, Sultan Selangor, Kedah, Perak, Gabenor Pulau Pinang , Ketua Menteri Melaka dan PM dan TPM dangan jumlah 13.919.69 Ringgit. 19 kertakerja dibentang antaranya ialah:
1) Kebudayaan Melayu oleh Mahmud Ahmad
2) Peranan Pelayaran dalam Perkembangan Keb.Melayu oleh Arena Wati
3) Kerajinan, Pertukangan dan Seni lukis oleh Abdul Majid Alias/ Ghani Hamid
4) Seni Drama dalam Kebudayaan oleh AR Tompel
5) Bahasa dan Kesusasteraan Melayu oleh Syaed Nassir Ismail/Samad Ahmad
Seluruh KK dan resolusi telah dibukukan oleh ASMAD. Itulah yang disarankan oleh Datuk Borhan agar DBP mencetak semula buku tersebut. Dan tadi pagi, masih ada keluhan, dasar Kebudayaan Nasional yang dicadangkan bagi memartabat tamadun bangsa masih tidak menampakkan cahaya di negeri Persekutuan Tanah Melayu (kerana British sendiri menyebutnya sebagai the Federation of MALAYA (untuk semua bangsa Melayu, Cina, India) bukan the Federation of Malay State (itulah jelas Prof Dr Abdullah Zakaria (UM)
Resolusi untuk menubuhkan Kementerian Kebudayaan dan Pendidikan hanya bersambut 6 tahun kemudian tapi itupun menggabung sukan --> KKBS - Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Dan Konggeres Kebudayaan Kebangsaan baru terjadi pada tahun 1971. Itupun setelah terjadinya peristiwa 13 Mei 1969. Dimanakah data Sejarah Kebudayaan ini tercatat. Gimana minda Melayu Muda sekarang? Marah, marah....dan kini amuk di mana-mana?
Sunday, 15 March 2009
Si Mas Jingga Sarat Obesiti
KERANA meninggalkan rumah di Tanjung Karang lebih dua minggu, kutabur bijiran makanan ke dalam kolam. Dengan harapan ikan-ikan selamat dari kelaparan. Rupanya yang satu ini terlalu ghairah membuka mulut dan terus menelan butiran yang terapung di permukaan kolam. Bayangkan selepas tiba dua minggu kemudian, si Mas Jingga berenang sendeng, kepayahan tapi masih juga membuka mulut dan menelan bijiran . Aku kebingungan, esok paginya....aduh dengan perut bonjol si Mas Jingga terapung . Tamatlah sebuah kehidupan....ikan juga mengalami obesiti yang mengerikan oleh kelebihan makan. Kawan, jangan terlalu ngairah memberi makan insan kesayanganmu....Selamat jalan Mas Jingga ke dunia abadi di sana.
Saksi Perarakan Keranda 1967
kehausan turut dihirup pejalan kaki perarakan
ke Parlimen... ketika pulang menunggu
bas di Melaka Street
bas di Melaka Street
KELAS melukis APS, Chikgu Idris Salam tidak hadir, konon harus berkumpul di DBP. Ada perarakan, tapi kami pelajar tidak dibenarkan ikut. Atondra juga datang ke rumah beberapa hari sebelum peristiwa itu, berbisik-bisik dengan Ayah Dei (allahyarham). Uncle Anas, Bung Dolah (Datuk Abdullah Hussin) , Pak Arena (Allahyarham) sudah berkumpul di kedai Pustaka Antara. Aku tidak berani mendekati mereka, hanya melewati kedai itu, setelah turun dari studio Naz Achnaz di Chow Kit Road menuju ke bangunan APS di Princess Road. Betul rasanya aku masih kelabu dengan isu bahawa ketika itu. Cuma sedar, kami diarahkan memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan yang baru dibuka pada tahun 1960 di Kampung Pandan dan Alam Shah. Antara pelajar di Sekolah Aminuddin Baki termasuk anak-anak Syed Nasir : Sharifah Husna, Syed Muhammad, dan seorang anak Menteri Kesihatan, Zaleha seorang puteri Dol Ramli...kami disuntik menyayangi bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negeri yang baru merdeka....Tapi selepas itu ada sajak stensilan Kassim Ahmad, terselit dicelah - celah buku di atas meja tulis ayah Dei....
Tiba-tiba Hari Sabtu 7 Mac 2009 setelah peristiwa 1967, ku tatap wajah Pak Samad, dengan baju Melayu samping mengendur di bawah pinggang, sayup, letih aku terkedu....perjuangan bahasa masih belum berakhir juga di tanah air bangsaku yang kononnya sudah merdeka.....
Wednesday, 11 March 2009
Konggeres Kebudayaan Kebangsaan 3
Pesan Ismail : jangan lupa Isnin Selasa ini di bangunan Persatuan Sejarah, jalan Tun Razak, sebelah Perpustakaan Negara. Penulis di jemput hadir, sila bawa buku dan kita jual lambak hahaah. Kebudayaan Kebangsaan .....apakah nasibmu di bumi sendiri...
Friday, 6 March 2009
Lama juga menyepi di kampung
KADANG-kadang baik juga jauh dari kota. Pagi menghirup udara segar, dengan titis embun di jurai palma. Bicarapun hanya dengan murai, monyet, katak dan ikan di kolam. Bumi berbisik perlahan, aku akan melupakan apa saja kenangan. Sahabat kitapun satu-satu pergi. Setelah pak Arenawati, menyusul Ibrahim Hussin, Kasim Ali (27 Feb) dan semalam Zubir Ali (6 Mac). ya Allah , mereka sudah cukup baik untuk bangsa kami Melayu. Selamat dan penuh doa kasih sayang untuk mereka. Al Fatiha. Kami juga tahu...akan dijemput pergi ya Rabbi.