Wednesday, 18 June 2008

Pelan BANDARAYA 2020



Kau sudah berdiri di puncak 30 di bangunan Dewan Bandara KL.Di depan sudah berdiri pegawai perancang kota untuk projek menjelang tahun 2020 - dia pakarrunding yang mengepalai projek dengan berpandu kepada AKTA 267 WILAYAH PERSEKUTUAN. Inilah kota kami KL dengan keluasan 24,000 hektar  dengan penghuninya yang menempati 10080,00 lot. Pegawai itu dengan lancar memberi penjelasan, segala hasil perbincangan dengan segala peringkat atasan, dengan melakukan penyelidikan, bertemu dengan sekumpulan penduduk pilihan untuk kajian lapangan. Memetakan lanskap, bukit, kaki bukit, sungai, bandar temapt kediaman, industri, jumlah penduduk termasuk penduduk tetap, pendatang dan pelancong. Hasilnya KL  HARUS MENJADI KOTA BERTRARAF DUNIA.Berapi-apilah impian itu, rakyat KL harus menjadi manusia pintar, pintar mengolah ekonomi, dapat pentadbir persekitaran tempat kerja, persekitarah hidup. Inilah kota yang harus dibangunkan dari segi fizikal dan sosial. Kualiti alam sekitar juga ditekankan, dengan arif membina  identiti,  tahu menghargai nilai dan sejarah- dan yang penting konsep Islam Hadhari juga ditekan. Hampir 100 orang yang hadhir - tidak tahulah dari kumpulan mana. Mungkin dari Cheras, Sungai Besi, Sungai Buluh. Tentu saja kami dari Kampung Bandar Dalam yang jaraknya dari bangunan DBKL cuma 6 KM.Hingga akhir pemberitahuan atau penjelasan itu , aku masih menunggu konsep pelastarian kampung di Tanah Simpanan Melayu. Tidak keluarpun istilah itu. Hanya menyebut tentang Kampung Bharu yang akan dikekalkan taraf kependudukan, kecuali di Jalan Sultan Ismail sudah masuk kawasan mahal, sebagai imej kota metropiltan yang harus ditonjolkan sebagai pusat IT. Perkataan WARISAN  baru muncul di saat akhir itupun ketika menerangkan tentang seni bina warisan yang sudah diaktakan.  Bagaimana warisan budaya atau konsep  Pemikiran yang harus dilontarkan oleh Majlis Pemikiran Budaya yang pernah wujud lebih 15 tahuyn lalu.  Nihil. Bila kukemukakan pada saat penutup bicara itu : jawabannya, " masyarakat boleh mengemukakan perkara itu - kami menunggu! Sila ambil borang dan isi dengan tepat segala cadangan atau teguran". Hatiku hanya berlagu diam-diam, bagai mendengar desah tren yang berlenggang bangga di atas bumbung rumahku yang akan dilintasi oleh jalur LRT. Tapi Imam Madrasah Tarbiayah di sebelahku seperti mengamankan kegelisan ku dengar luahannya yang dalam, " Kita protes, tidak ada stesen transit atau jalur rel melintas - melenyap kampung warisan kita - siapkan proposal Muzium Warisan kampung cadanganmu itu " . Deru rel tidak kedengaran pun ketika aku masih dalam pustaka di Bank Negara. Di luar sudah gelap akan hujan. Di depan kaca  bangunan DBKL dengan segahnya menyapu awan. Masih adakah lagi deretan pohon angsana itu pada 10 tahun mendatang? Guruh sudah memberi tanda ribut akan turun. KL akan banjir aku harus segera  keluar untuk menuju ke ASWARA jadi dengan Zek, untuk melihat buku Khatijah Awang yang sedang diedit sejak setahun lalu. Pustaka BNM 19 Jun 2008: 15:10